fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.424)

VIDEO HARI INI: Mungkin sedikit terlambat tetapi buat mereka yang suka gunakan hashtag dalam segala perkara di laman sosial, Justin Timberlake tunjukkan bagaimana jika ianya terjadi di dunia realiti. #funny #omg #justintimberlake #ootd #shutup #doyourwork

Pemilik kediaman yang menjadi rumah Walter White dalam siri TV popular, Breaking Bad berjanji walau berapa banyak jumlah wang ditawarkan beliau tidak akan menjual rumah tersebut kepada sesiapa. Harga pasaran: US$200,000 maksimum. – TMZ

Isteri pelakon kacak Adi Putra, Aida Yusof menafikan satu gossip mengatakan suaminya itu suka menayang kemaluan di bilik solekan sewaktu penggambaran. Huh? – Sinar Harian

Nampaknya sekuel filem ini akan terus menarik perhatian ramai apabila Jennifer Lawrence telah disahkan akan membuat penampilan khas dalam filem Dumb and Dumber To yang sedang menjalani pengambaran. Yeay! – US Magazine

Melihat fenomena pop Korea yang terus melanda dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Google melalui Youtube telah melancarkan satu saluran khas untuk para peminat kpop. – Soompi

Justin Bieber akan melancarkan filem baru selepas filem Never Say Never beliau pecah panggung & pengurusnya Scooter Braun memberikan gambaran filem baru berjudul Believe itu akan lebih hebat dan gah berbanding sebelum ini. – Entertainment Wise