fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.368)

VIDEO HARI INI: Ini satu cara paling awesome kami rasa untuk promosi saluran televisyen — bawa drama ke atas jalanan.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Datuk Siti Nurhaliza bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu. – mStar Online

Kecoh juga dunia Hollywood hujung minggu lalu apabila ada satu laporan menyebut yang Avril Lavigne telah pun selamat berkahwin dengan Chad Kroeger di Cannes, Perancis baru baru ini. – Us Weekly

Dalam dokumentari bertajuk How to Make Money Selling Drugs, Eminem mendedahkan yang beliau sebenarnya hampir menemui ajal kerana ambil dadah secara berlebihan satu masa dahulu. – NME

Psy telah membatalkan konsert beliau di Indonesia yang di’jadualkan akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 6 Julai ini kerana kebakaran hutan di Sumatra. – allkpop

Baru baru ini, bintang remaja Indonesia Nikita Willy telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 19 & menerima hadiah berupa motor dari kekasih hati, Diego Muhammad. – Kapan Lagi