fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.365)

VIDEO HARI INI: Bukanlah niat kami untuk mengajar anda semua bertaruh tetapi video pendek ini penuh dengan trick yang boleh anda gunakan untuk buat rakan rakan (atau bakal isteri) anda kagum.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Dijadualkan untuk berada di pasaran pada 23 Julai 2013 ini, album terbaru Mariah Carey dengan judul The Art of Letting Go kini telah ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum di’ketahui. – Huffington Post

Sumber terdekat kepada pasangan sensasi ini berkata beliau tidak dapat membayangkan Kim Kardashian dan Kanye West tidak berkahwin kerana kelahiran North West memang satu perubahan yang besar. – People

Kumpulan 2PM berkongsikan video belakang tabir pembikinan muzik video terbaru untuk single mereka berjudul Please Call My Name yang telah pun di’lancarkan di Korea semalam. – Soompi

Melalui akaun Twitter beliau, Jim Carrey telah menyuarakan bantahan terhadap filem lakonan beliau sendiri, Kick Ass 2 yang katanya mempunyai kadar keganasan yang melampau. – Just Jared

Fauziah Latiff melahirkan rasa kurang senang apabila foto dua orang anak beliau bersama bapa mereka, Johan Indot yang juga bekas suaminya disebarkan di internet baru baru ini. – mStar Online