Oleh RotiKaya Staff pada
14 February 2013, 1:02AM

VIDEO HARI INI: 12 tahun kami menanti akhirnya prekuel filem ini muncul & ini merupakan trailer penuh pertama yang muncul untuk pasaran United Kingdom, Monsters University di pawagam Jun 2013 ini.

Supermodel Miranda Kerr telah di’lantik sebagai duta untuk talian bantuan berhubung isu kanak kanak di Australia, jangan harap beliau yang jawab panggilan anda. Heh. – Just Jared

Pihak istana Buckingham sekali lagi kecewa apabila gambar gambar Kate Middleton dalam keadaan mengandung & berbikini di’terbitkan oleh sebuah majalah di Perancis. Ini merupakan kes kedua. – TIME

Penyanyi Taylor Swift di’katakan berusaha sedaya upaya untuk mengelak dari bertembung dengan bekas kekasih, John Mayer ketika berlangsung anugerah Grammy baru baru ini. – US Magazine

Kumpulan muzik pop Korea yang bakal hadir ke Twin Towers @ LIVE 2013 nanti, Rainbow tampil dengan sebuah muzik video baru untuk lagu Tell Me Tell Me sebagai penampilan semula. – Soompi

Nora Danish melakukan amalan membaca surah-surah 3 Qul berserta beberapa surah lain sebagai usaha untuk mengelak daripada terkena sihir daripada individu tertentu. – mStar Online


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...