fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.233)

Oleh kerana kelewatan, Iqram Dinzly terselamat dari terlibat dengan kemalangan di hadapan Sri Pentas yang melibatkan van krew Jalan Jalan Cari Makan. – mStar Online

Bercakap di UK semalam, Taylor Swift seakan tidak percaya dengan sambutan peminat dengan album terbaru beliau, Red yang terjual sebanyak 1.2 juta unit seminggu. – Huff. Post

Barack Obama dipilih sekali lagi untuk menjadi Presiden AS untuk penggal kedua & ini maklumat tentang apa yang di’pakai oleh First Lady, Michelle Obama malam tadi. – Us Weekly

Pemergian Whitney Houston tidak menghalang lagu ‘terbaru’ beliau untuk di’terbitkan, dengarkan Never Give Up yang telah di’rakamkan sebelum tragedi awal tahun ini. – E! Online

Ini pun boleh jadi bahan. Channing Tatum (gambar) khabarnya bakal di’umumkan minggu hadapan sebagai Sexiest Man Alive 2012 oleh majalah People. Anda setuju? – Gossip Cop

VIDEO HARI INI: Buat pertama kali, anda boleh menonton teaser berdurasi 131 saat untuk filem terbaru Mamat Khalid berjudul Rock Oo: Rimba Bara Kembali. Woop woop!