fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.231)

Bintang filem When In Rome, Kristen Bell (gambar) di’sahkan mengandung dan bakal menyambut kelahiran anak pertama dengan tunang sejak 2009, Dax Shepard. – E! Online

Filem animasi terbaru Disney, Wreck It Ralph berjaya mengutip US$49.1 juta pada pembukaan hujung minggu lalu dan hampir dua kali ganda kutipan filem pesaing terdekat. – FMT

Syarikat pengurusan YoonA (SNSD) & PSY mengeluarkan satu kenyataan menyelar gossip hubungan mereka sebagai berita karut & tidak layak di’berikan perhatian. – allkpop

Penat dengan kritikan tentang kenaikan berat badan beliau kini, Lady Gaga menuding jari ke Adele & bertanyakan kenapa tiada sesiapa persoalkan imej penyanyi itu. – Huff. Post

Kasihan nama beliau terpalit dalam kisah teman lelaki lari dari lokasi filem, Shila Amzah mengakui tahu apa yang berlaku tetapi enggan memberikan sebarang komen. – Murai

VIDEO HARI INI: Kucing comel, laser merah & kamera GoPro HERO2 dalam sebuah video. Hidup kami kini lengkap.