fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.216)

Nampaknya persaingan takhta teratas carta Billboard Top 100 masih panas antara Maroon 5 & PSY yang mana minggu ini sekali lagi memihak kepada lagu One More Night. – Billboard

Laporan menyebut yang Tom Cruise bercadang meninggalkan Scientology untuk kembali memenangi hati Katie Holmes & juga kerana ajaran itu tidak membawa faedah kepada perkahwinan beliau — bukan satu, tetapi dua kali. – DNA

Warner Bros. hari ini telah mengambil langkah berani dengan mencalonkan Anne Hathaway (gambar) yang membawa watak Catwoman dalam filem The Dark Knight Rises dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk anugerah Oscar. – Huff. Post

Joe Flizzow hari ini menafikan sebarang khabar angin yang mengatakan hubungan beliau dan Malique kini renggang hanya kerana tidak bersama terbitkan album baru. – mStar Online

Mungkin kerana rimas di’asak soalan yang sama tentang kisah silam beliau bersama Ariel NOAH, Luna Maya baru baru ini tampak tidak selesa di program TV secara live. – detikHot

VIDEO HARI INI: Jika anda peminat budaya pop hari ini, nama Nicki Minaj & juga Justin Bieber bukan asing dan kali ini mereka bergabung untuk hasilkan sebuah lagu berjudul Beauty and the Beat yang video’nya kini sudah di’tonton lebih 14 juta kali.