fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.168)

Selepas Kristen Stewart membuat permohonan maaf secara terbuka, Robert Pattinson kini di'khabarkan telah keluar dari rumah yang di'kongsi bersama di Los Angeles dan mereka tidak berhubung langsung. – People

Penyanyi yang selalu asyik ingin bergelar billionaire, Bruno Mars (gambar) di'khabarkan baru sahaja melaburkan US$3.3 juta untuk sebuah rumah mewah di Hollywood Hills yang memang sesuai untuk orang bujang. – Too Fab

Hanya beberapa hari selepas pembebasan vokalis mereka, lagu terbaru Peterpan berjudul Separuh Aku telah terbocor ke internet & ada konspirasi mengatakan ini salah satu strategi pemasaran mereka. – detikHot

Terlupa terus akan kisah tragik beliau di'pukul suami Februari 2012 lalu, Ani Mayuni hari ini berkata berasing rumah selama sebulan setengah dengan suami berjaya memulihkan hubungan mereka seperti biasa. – mStar Online

Tahukah anda negara paling banyak menonton video muzik pop Korea bukan'nya Korea Selatan, tetapi Jepun? Dan, Malaysia sendiri mencatat tontonan video k-pop yang agak tinggi berbanding negara negara lain. – The Wire

VIDEO HARI INI: Untuk menghiburkan hati anda di hari Jumaat sebelum hujung minggu esok, mari kita saksikan kesakitan, kepedihan dan kegagalan minor manusia seluruh dunia.

zp8497586rq