fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.126)

Ingat lagi janji Que Haidar nekad untuk mengundur diri dari dunia seni & lakonan? Nyata pelakon lelaki ini rindu akan dunia lakonan dengan kembali ke pentas teater yang di’terbitkan oleh isteri’nya Linda Jasmine. – mStar Online

Akibat mengorbankan beg tangan mewah bernilai US$100,000 berjenama Birkin, anak perempuan Clint Eastwood telah di’kecam hebat sehingga ada yang menghantar ugutan untuk membunuh kerana membazir. – TMZ

Penyanyi kegemaran editor kami, Justin Bieber (gambar) telah melancarkan single terbaru berjudul Die In Your Arms daripada album terkini beliau, Believe. Lagu masih berentak remaja tetapi lebih romantik. Eh. – Just Jared

Menteri Belia & Sukan, Ahmad Shabery Cheek menafikan yang penangguhan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lalu ada kaitan dengan memberi laluan kepada konsert k-pop. – Bernama

Masih ingat lagi dengan kegilaan anda semua dengan boy bands sekitar 90’an dahulu? Jika tidak, anda sah terlalu muda untuk senarai 40 anggota boy bands mengikut penampilan mereka ketika ini di tahun 2012. – Buzz Feed

VIDEO HARI INI: Video ini di’dakwa sebagai blooper terpanjang dalam sejarah sekurang kurang’nya untuk The Muppets & jika anda belum menonton filem’nya, kelakar masih ada.