fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.41)

Penyanyi 50 Cent mengumumkan yang beliau akan mengirimkan gambar bogel sendiri melalui Twitter jika pasukan kegemaran beliau, Giant kalah di Super Bowl 2012. Eww. – Huffington Post

Fenomena Adele dan lagu berhantu beliau seakan tidak mahu berhenti selepas menduduki tangga pertama carta Billboard 200 selama 17 minggu berturut turut. Adakah beliau akan pecahkan rekod 20 minggu milik Whitney Houston? – CNN

Brad Pitt dalam temubual terbaru bersama The Hollywood Reporter berkata beliau mungkin bakal mengambil keputusan untuk mengahwini Angelina Jolie demi anak anak mereka, lebih bermakna sebagai satu keluarga katanya.  – Amy Grindhouse

Kalau anda rindukan Fahrin Ahmad, ya beliau masih solo sehingga hari ini dan khabarnya selesa dengan status sekarang. – Berita Harian

Bintang pop Hollywood, Rihanna di’khabarkan bakal menerbitkan sebuah rancangan televisyen bertemakan fesyen untuk siaran di United Kingdom yang bertujuan mencungkil bakat baru dalam rekaan fesyen. – Just Jared