fbpx

Faizal Ismail Letak Jawatan & Tinggalkan Hot FM?

Pagi ini melalui akaun Twitter beliau, Faizal Ismail menulis satu kemaskini yang membuatkan para peminat tertanya tanya. Faizal Ismail menulis yang beliau secara rami meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

“Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan saya sebagai penyampai (radio) Hot FM dengan notis berkuatkuasa hari ini 24 oktober 2013,” tulis Faizal Ismail ringkas & kemaskini itu kini menerima hampir 500 retweets sehingga artikel ini dikeluarkan.

Faizal Ismail Tinggalkan Hot FM?

Rata rata peminat yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Faizal Ismail ini sedih dengan keputusan beliau untuk meninggalkan kerusi penyampai radio di Hot FM.

Kami harap ini bukan gimik murahan untuk menarik pendengar because this sh*t ain’t funny yo!

UPDATE-1: Hot FM mengesahkan yang Faizal Ismail akan meninggalkan stesen radio tersebut bermula 16 November 2013 kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru di’mulakan tetapi akan bekerja secara sambilan di Hot FM.