fbpx

Fahrin Ahmad Tidak Halang Isteri Untuk Bekerja Semula

Pertama kali berpuasa bersama isteri cinta, pelakon Fahrin Ahmad ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk bergelar bapa, lebih-lebih lagi kini usia kandungan sudah pun memasuki 6 bulan.

BACA: Gambar Sambutan Birthday Fahrin Ahmad & Ulangtahun Perkahwinan

“Saya sangat teruja sekali apabila bayi dalam kandungan isteri bergerak-gerak dan ini merupakan satu pengalaman baru buat diri saya dan isteri. Saya harap bayi sihat dan sempurna,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Filem Alih Suara Jurassic World Dalam Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, persiapan kelengkapan bayi masih belum dibeli lagi kerana kesibukan bekerja.

“Setakat ini belum beli barang-barang keperluan bayi lagi kerana belum ada masa. Sebenarnya memang kena persiapan awal mengikut kata daripada pengalaman kawan-kawan saya sendiri. Jangkaan isteri saya melahirkan pada minggu pertama bulan 10 ini,” katanya kepada Rotikaya.

Fahrin turut memberitahu bahawa isterinya telah meletakkan jawatan sebagai pramugari pada awal tahun ini kerana memberikan fokus kepada kandungan. Walaubagaimanapun, Fahrin tidak menghalang isterinya sekiranya ingin bekerja semula.

“Untuk bekerja terpulang pada dia. Tapi saya lagi suka dia berehat. Saya tak halang cuma dia sekarang ini lebih suka untuk bekerja dari rumah sahaja,” katanya yang akan beraya sepenuhnya di Kuala Lumpur pada tahun ini. (rtky/h)