fbpx

Fahrin Ahmad Mohon Sejarah Lama Tidak Diungkit

Bakal mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati pada hari Sabtu ini yang juga merupakan hari lahirnya yang ke 36, Fahrin Ahmad berharap agar kisah percintaannya terdahulu tidak disingkap kembali.

BACA: Izreen Azminda Nafi Bakal Jadi Isteri Fahrin Ahmad

“Biarlah sejarah lama itu terus luput kerana saya akan membina kehidupan sendiri,” katanya sambil menyifatkan bakal isterinya seorang yang bijak, matang dan tabah kepada Berita Harian Online.

Selain itu, menjelang hari bahagianya itu, Fahrin nampaknya begitu bijak sekali merahsiakan gerangan bakal isterinya daripada pengetahuan orang ramai malah dia turut bersyukur di atas perkara tersebut.

“Mungkin ada hikmahnya kerana saya ada tanggungjawab untuk melindungi perasaan keluarga bakal isteri yang tidak biasa dengan senario hiburan tanah air,” katanya. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Razak Latif