fbpx

Fahrin Ahmad Kahwin Dulu, Bercinta Kemudian

Fahrin Ahmad dan juga isterinya, Elena Hani kini masih lagi berjauhan dan bagi pelakon tersebut, apa yang dilaluinya kini diibaratkan seperti pasangan kekasih, kerana tidak duduk serumah dengan isterinya.

BACA: Isteri Fahrin Ahmad Menangis Ketika Berjauhan

Malah apa yang dilakukan mereka kini juga umpama kahwin dulu, bercinta kemudian oleh kerana perbezaan tempat tinggal dan juga masa. Buat masa sekarang, menurut Fahrin, mereka masih lagi berhubung melalui Skype dan Elena hanya akan pulang ke tanah air jika bercuti.

“Hubungan kami banyak menjurus kepada kawan dan di waktu yang sama belajar bercinta. Kata orang bercinta selepas kahwin. Rasanya itu lagi meriah,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Apa-apa pun semoga segala urusan dipermudahkan dan ikatan percintaan di antara pasangan ini akan sentiasa kukuh sehingga kahir hayat. Peminat pun suka sangat bila Elena dan juga Fahrin muatnaik gambar bersama di Instagram. (rtky/s)