fbpx

Fahrin Ahmad Bersederhana Kongsi Gambar Anak

Biarpun ramai selebriti kini berlumba untuk mewujudkan akaun Instagram anak masing-masing, namun bagi Fahrin Ahmad, beliau mengambil pendekatan bersederhana dalam berkongsikan gambar anak lelakinya, Khalifa Fahrel. Dikala selebriti lain memuat naik gambar anak setiap hari, Fahrin pula berkongsikan hanya apabila dirasakan perlu.

BACA: Fahrin Ahmad Mahu Tambah Cahaya Mata

“Bercakap perihal anak dan laman sosial, setiap orang ada pendapat tersendiri. Bagi saya, saya bersederhana dalam berkongsi perkembangan anak. Ada juga ibu bapa yang kerap berkongsi foto anak mereka, saya pula merasakan saya akan memuat naik gambar anak apabila perlu”

“Anak saya juga tidak mempunyai laman Instagram sendiri. Jika peminat mahu melihat perkembangan anak saya, mereka boleh melihatnya di laman Instagram saya dan isteri,” katanya kepada portal Astro Gempak mengenai perkembangan anak sulungnya.

Bagaimanapun, masing-masing punya pendapat sendiri mengenai penggunaan media sosial pada masa kini. Bagi Fahrin pula, beliau meletakkan sepenuh keinginan kepada anaknya sendiri untuk membuka akaun Instagram apbila sudah dewasa nanti. Tetapi buat masa ini, Fahrin merasakan anaknya tidak memerlukan keperluan seumpama itu. (rtky/w)