fbpx

Fad Bocey, Isteri Bakal Timang Anak Kembar

Menerusi kemaskini terbaru di akaun Instagram isteri kepada Fad Bocey, Syeera Rahman mengesahkan yang dirinya kini sedang hamil anak kembar. Fad Bocey sebelum ini ada meluahkan kebimbangan akan isterinya itu yang sering dimasukkan ke hospital sejak hamil.

Syeera Rahman dalam kemaskini tersebut turut meluahkan rasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniaakan selain berjanji akan kuatkan diri demi anak kembar yang bakal lahir kelak.

BACA: Gambar Menarik Di Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey & Isteri

“Alhamdulillah after 3 days finally I’m home even I’m not so happy but I am so much happy to see you babies. Yes, TWIN. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi serta dugaan yang datang bertimpa timpa. InsyaAllah saya akan kuat untuk awak berdua dekat dalam”

“Tak sabar nak jumpa awak berdua, baik baik dekat dalam,” tulis isteri Fad Bocey yang dibalas ucapan tahniah dari para peminat. (rtky/m)