fbpx

Ezad Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Memiliki Syabu

Buletin Utama TV3 hari ini melaporkan yang bekas penyanyi utama kumpulan Exist, Ezad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan memiliki syabu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi syabu dengan anggaran berat 0.3 gram. Kesalahan didakwa dilakukan di Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari, 19 November lalu.

BACA: Disyaki Miliki Syabu, Ezad Exist Ditahan Positif Dadah

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes. (rtky/m)