fbpx

Sebentar tadi, berlangsung’nya sidang media khas untuk Evanescence yang bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia malam ini.

Kumpulan rock berpengaruh dari Amerika Syarikat ini hadir ke Malaysia dalam rangka jelajah Asia mereka khas untuk album terbaru yang menggunakan nama sama, Evanescence.

Album ini merupakan tanda kembali’nya mereka ke arena hiburan selepas lima tahun hiatus tanpa buah tangan baru — antara sebab’nya adalah vokalis utama Amy Lee mendirikan rumahtangga. 

Dua hari lalu, Evanescence membuat persembahan di Hong Kong yang mereka sifatkan sebagai satu fenomena dan berharap mampu mengulangi ‘fenomena’ tersebut malam ini di KL Live, Life Center.

Peminat Evanescence, jumpa anda semua malam ini di konsert pertama mereka dan kepada yang tiada tiket, kita jumpa pada konsert seterusnya. Heh.