fbpx

Erra Fazira Dedah Rahsia Cantik Bersama Produk Estée Lauder

Bergelar ibu & isteri, bukan mudah sebenarnya untuk selebriti seperti Erra Fazira untuk mengekalkan kejelitaan beliau, terima kasih kepada Estée Lauder, ianya bukan mustahil.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif, Erra Fazira dedahkan yang Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+ adalah barang wajib dalam beg mekap beliau.

“Ia boleh bertukar tukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!,” ujar Erra Fazira.

Menjadikan Audrey Hepburn sebagai ikon kecantikan beliau, Erra Fazira berkata kecantikan bererti memiliki yang bersih dan segar & tidak sekadar luaran, dalaman juga perlu seiring.

Ikuti temubual duta Estée Lauder Malaysia ini bercakap tentang gaya juga solekan kegemaran beliau dan pastinya bagaimana produk Estée Lauder membantu beliau kekal cantik.

Siapa ikon kecantikan anda?
Pastinya Audrey Hepburn. Beliau bukan sahaja cantik pada luaran, malahan dalaman juga. Beliau juga adalah ikon fesyen. Bukan itu sahaja, Audery selesa dengan dirinya sendiri, pada pendapat saya ini kualiti yang positif iaitu menyayangi diri sendiri walau siapa jua kita.

Erti kecantikan bagi anda?
Kecantikan bererti memiliki kulit yang bersih dan segar. Tetapi ia bukan sekadar fizikal, kecantikan bererti cantik di dalam dan di luar.

Apakah gaya anda?
Saya suka berpakaian sederhana tetapi nampak anggun. Namun, ada kalanya ranggi tetapi masih nampak feminin.

Mekap siang hari kegemaran anda?
Bagi saya mekap yang kelihatan seberapa natural. Sedikit blusher (pemerah pipi), eyeliner dan sedikit lipstik sudah memadai. Saya amat menggemari Lipstik Pure Color warna Crystal Baby, warna ini amat padan dengan tona kulit saya dan saya sukakan teksturnya yang ringan, ia sangat sesuai untuk waktu siang.

Mekap waktu malam yang paling anda minati?
Saya fokuskan pada mata. Sama ada bermain dengan warna-warna garang atau untuk menghasilkan warna redup. Palet Lima Warna Pembayang Mata Pure Color warna Film Noir sangat sesuai untuk menampilkan warna-warna asap atau smokey, dari redup hingga garang.

Apakah rahsia anda untuk mengekalkan kulit yang sentiasa licin dan mulus?
Saya pastikan saya minum air secukupnya dan kurangkan makanan bergoreng. Tetapi baru-baru ini saya temui Double Wear Stay-in-Place Makeup. Produk ini sungguh menakjubkan, ia menjadikan kulit wajah saya kelihatan mulus dalam sekelip mata. Ia juga membantu menyempurnakan tona kulit, amat selesa dipakai dan tahan lama walaupun terdedah kepada lampu studio yang panas ditambah pula dengan waktu kerja yang panjang.

Apakah barang apa yang tidak boleh tinggal dalam beg mekap anda?
Pastinya balm bibir! Saya sentiasa sapukannya di bibir walau di mana saja! Saya juga tidak akan lupakan bedak Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+, ia boleh menukar menukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!

Cubalah kesempurnaan berpanjangan dengan solekan koleksi Double Wear
Tampil sempurna. Terokai rundingan ekslusif iMatch™ Shade Finder dan biarlah pakar kami mencari tona yang bersesuaian denganmu. Pelajari semua teknik tumpuan baru kami untuk olesan bedak asas yang kekal berpanjangan dan dapatkan sampel bedak asas Double Wear – PERCUMA. Kunjungi kaunter Estée Lauder berdekatan untuk menikmati layanan ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.esteelauder.my/doublewear