fbpx

Erra Fazira: Bertudung Kekal Itu Memang Impian Saya

Tahun ini ramai juga barisan artis wanita yang mula mengenakan hijab seterusnya berhijrah ke arah kebaikan dengan lebih konsisten. Menyentuh isu berhijab, Erra Fazira akui menyedari tanggungjawabnya itu dan mahu perkara tersebut datang dengan keikhlasan dari hatinya sendiri.

BACA: Erra Fazira: Tidak Manis Untuk Saya Jaja Kisah Cinta

“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa di jaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab. Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana mana pihak. Insya-Allah, doakan supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” katanya kepada Berita Harian.

Sejak kebelakangan ini, pelakon ini gemar memakai penutup kepala seperti skaf dan juga selendang ke beberapa acara malah Erra Fazira ditampilkan bertudung di dalam sebuah majalah selain difahamkan beliau kini memang beliau sedang ke arah itu.

Siapalah kami untuk menilai tetapi pastinya perkembangan positif ini bakal membuatkan peminatnya gembira dan pastinya mendoakan untuk selebriti kesayangan mereka berubah ke arah kebaikan. (rtky/s)