fbpx

Erma Fatima Dan Ogy Ahmad Daud Kini Berdamai

Tidak mahu terus dihurung kisah lama hingga menyebabkan dua pelakon ini tidak brtegur, kini Erma Fatima dan juga Ogy Ahmad Daud telah kembali berdamai malah turut sama akan bergandingan semula dalam satu pementasan teater pada November ini.

BACA: Erma Fatima Tidak Jadi Bercerai, Mahu Beri Peluang

Untuk pengetahuan anda, Erma dan juga Ogy pernah digandingkan bersama di dalam drama Pengantin Popular sekitar tahun 2014. Bagaimanapun, tindakan Erma menegur lakonan Ogy (yang lebih senior) ketika itu, membuatkan hubungan mereka dingin.

“Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih,” jelas Erma kepada BH Plus.

Malah Erma juga berkongsi kisah bahawa dia pernah menyimpan wang perbelanjaan sekolah semata-mata ingin menonton lakonan Ogy di dalam filem Azura. Kini, dia bersyukur kerana hubungan antara mereka sudah kembali pulih.

Apa pun, tahniah kepada pelakon Umie Aida kerana telah berusaha dan berjaya menjernihkan kembali hubungan tersebut di mana mereka sudah 20 tahun tidak digandingkan bersama. (rtky/s)