fbpx

Jauhi Kontroversi, Ummi Nazeera Elak Bergambar Dengan Lelaki

Ketika di dalam peredaran zaman yang semakin maju dan berita khabar angin mudah tersebar dengan pantas melalui sosial media ini, Ummi Nazeera mengambil langkah berjaga-jaga lebih-lebih lagi apabila melibatkan selebriti lelaki.

BACA: Ummi Nazeera: Zizan Razak Hanya Kawan Saya

“Kalau saya ada projek dengan individu itu samada dalam drama atau filem, saya tidak kisah sebenarnya. Tetapi jika tiada projek dengan dia, kalau boleh saya mahu mengelakkannya. Ini kerana saya tidak mahu menimbulkan apa-apa yang tidak ada. Sebab itu saya cuba mengelaknya,” katanya kepada Media Hiburan.

Sebelum ini, pelakon ini pernah dikaitkan dengan Zizan Razak apabila mereka dilihat keluar makan bersama. Bagaimanapun Ummi menjelaskan keadaan sebenar dan menyatakan bahawa mereka hanyalah rakan biasa.

“Zizan hanya kawan industri saya sepertimana saya berkawan dengan beberapa orang yang lain. Tetapi kami hanya berkongsi cerita tentang industri ataupun agama. Buat masa ini tiada hubungan serius dengan sesiapa dalam industri ini,” ujarnya lagi. (rtky/s)