fbpx

Baru sahaja selesai dengan Anugerah Skrin 2012, sekarang giliran Muzik Muzik pula menjadi perhatian. Malam tadi selesainya Muzik Muzik Separuh Akhir (Bahagian Pertama) di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Sebanyak 11 lagu berentap untuk bahagian pertama dan hanya 6 lagu terpilih sebagai terbaik malam ini.

Senarai 6 yang terbaik ialah Azlan & The Typewriter, Idola. Drama Band, lagu Cerita Dia. Hafiz dengan lagu Watak. Asmidar pendatang baru dengan lagu Biar Sampai Ke Bintang dan Stacy dengan 2 lagu nya, Kasanova dan Pelangi Senja.

Lima buah lagi lagu lain yang turut berentap malam tadi ialah Ainan Tasneem dengan Aku Suka Dia, Tomok (Aku Datang), Aizat (Jerrypah), Hazama (Majnun) & Sofarz (Pencinta Terbaik).

Separuh akhir Bahagian 2 akan menemui anda pada 18 November 2012 jam 9 malam di TV3. (11 lagu) dan separuh akhir bahagian 3 pada 25 November 2012 (8 lagu) bermula jam 10 malam. Pada 25 November nanti bakal diumumkan 12 senarai penuh lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 27.

Tidak ketinggalan Muzik Muzik separuh akhir tadi turut diserikan dengan persembahan Salam Muzik dan Altimet menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud dan Bangkit.

Bagi yang berminat untuk menonton Muzik Muzik separuh akhir boleh dapatkan tiket percuma di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama pada 15 November ( Bahagian 2) dan 22 November ( Bhagaian 3) mulai jam 11 pagi hingga 5 petang.