fbpx

Emma Ma'embong Dikaitkan Pula Sebagai Kekasih Zizan?

Ingat semalam kecoh dunia hiburan apabila Zizan Razak mengakui yang dirinya kini sudah mempunyai seseorang yang bertakhta di’hati? Ada pula mulut mengatakan ia’nya adalah Emma Ma’embong.

Namun aktress muda ini pantas menafikan khabar angin yang mengatakan beliau kini sedang bercinta dengan Zizan Razak. Tiada angin, tiada ribut tiba tiba nama Emma Ma’embong tersangkut.

“Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa?ari dan Kaka”

“Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja,” ujar Emma Ma’embong.

Mungkin kehadiran Emma Ma’embong di majlis sambutan ulangtahun kelahiran Zizan Razak menjadi punca khabar angin tidak berasas ini. Tidak ramai yang tahu Emma Ma’embong artis naungan Zizan Razak, kan?