fbpx

Emma Maembong Akui Dirinya Tertekan Lepas Putus Cinta

Mesti ramai akan kata tidak habis habis lagi kisah Emma Maembong & Zizan Razak diperkatakan media, sudah setengah tahun pun berlalu sejak pasangan ini berpisah. Selagi ada peminat mahu membaca, selagi itu kami menulis — salahkan peminat. HAHA!

Dalam temubual bersama mStar Online baru baru ini, Emma Maembong mengakui perpisahan dengan Zizan Razak pada Januari lalu memberi kesan mendalam pada dirinya sehingga beliau mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan diri sendiri dari tragedi tersebut.

BACA: Kamal Adli Enggan Jalani Sesi Fotografi Dengan Emma Maembong

“Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot. Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup”

“Di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita,” ujarnya.

Emma Maembong yang kini dikaitkan bercinta dengan Kamal Adli turut berterima kasih kepada pengarah Michael Ang yang tidak henti henti memberikan tawaran berlakon kepadanya supaya beliau sibuk dengan kerja dan melupakan apa yang telah berlaku. (rtky/m)