fbpx

Ella Simpan Hasrat Menimang Cahaya Mata Sendiri

Ella dan juga suaminya, Azhar Ghazali mengakui sering diajukan soalan berkaitan dengan anak namun mereka tidak pernah ralat mengenai perkara tersebut dan hanya menyerahkan sepenuhnya soal cahaya mata kepada Allah.

BACA: Suami Tiada Halangan Jika Ella Ingin Kembali Berlakon

“Tidak dinafikan saya memang sukakan kanak-kanak namun belum rezeki lagi untuk saya menimang cahaya mata. Terfikir juga ingin mengambil anak angkat tetapi tunggulah dulu. Bukan mudah menjaga anak angkat kerana jadual kerja yang begitu padat sekarang”

“Banyak aspek yang perlu diambil kira dan saya tidak mahu mengambil anak angkat dan mengabaikannya,” kata Ella yang kini sungguh bahagia bersama dengan suami tercinta. Semoga apa yang dihajati Ella dan suami akan termakbul suatu hari nanti. (rtky/s)