fbpx

Elizabeth Tan Lebih Berminat Jadi Pelakon, Pengacara

Mula dikenali melalui laman Youtube pada tahun 2013 dan kemudiannya mula membina nama di dalam industri hiburan tanah air, Elizabeth Tan sebenarnya tidak pernah menggambarkan bahawa dia akan bergelar penyanyi kerana pada awalnya bercita-cita untuk berlakon atau pun menjadi pengacara.

BACA: Elizabeth Tan Nafi Dakwaan Tiduri VIP

“Saya sendiri tidak sangka akan menjadi penyanyi. Kalau boleh saya mahu menjadi hos televisyen atau pelakon. Tetapi saya bersyukur dengan apa yang ada dan saya akan terus go with the flow,” katanya kepada Astro Awani.

Sementara itu dalam masa yang sama, gelaran selebriti yang dipegangnya ketika ini dalam masa yang sama turut memberikan tekanan kepadanya kerana ramai individu yang meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

“Kadang-kadang saya rasa tertekan kerana orang ramai mempunyai harapan yang tinggi untuk saya dan ada kalanya saya rasa tidak boleh memenuhi harapan itu. Kalau boleh saya mahu ambil masa untuk berehat dan fokus kepada latihan vokal dan latihan persembahan pentas”

“Saya mahu terus memperbaiki diri saya agar saya boleh memenuhi harapan orang ramai,” jelasnya yang kini banyak mendapat tunjuk ajar daripada Faizal Tahir selaku artis rakaman Faithful Music, milik Faizal sejak tahun 2014. (rtky/s)