fbpx

Elizabeth Tan: Nak Buat Album Penuh Susah Nak Laku

Mencipta nama dalam bidang nyanyian tanah air, lagu Elizabeth Tan seringkali mendapat perhatian peminat. Bagaimanapun, Elizabeth juga mempunyai jawapan yang sama dengan barisan penyanyi kini apabila diaju mengenai kesediaan untuk mengeluarkan album penuh.

BACA: Elizabeth Tan Tidak Perlukan Kontroversi Untuk Kekal

“Album penuh untuk masa sekarang takde perancangan lagi sebab rasa zaman ini ramai orang tak buat album lagi sebab susah nak buat duit guna album. Semua orang tak suka beli album, diaorang beli single saja atau diaorang download,kan?

So untuk masa sekarang, tiada perancangan lagi. Album, I cakap takde, so tunggu je single,” jelas Elizabeth kepada mStar Online.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock ini juga menjelaskan bahawa dia juga teringin untuk menulis album sendiri namun masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mendapatkan rentak dalam menghasilkan lagu berirama pop. (rtky/s)