fbpx

Elfira Loy Tertekan Dengan Isu Sedia Dipinang Lelaki

Gara-gara memberikan kenyataan sedia dipinang lelaki yang menyukainya, Elfira Loy mengakui tertekan setelah dihujani pelbagai pertanyaan mengenainya. Bukan itu sahaja, malah kejadian itu turut menunjukkan beliau seolah-olah terdesak untuk berkahwin.

BACA: “Kalau Serius Mahukan Saya, Masuk Meminang Terus”

“Laporan itu memang mengejutkan bagi saya. Bayangkan saya dan mama dihujani macam-macam soalan tentang kononnya saya bersedia menerima pinangan daripada mana-mana lelaki. Pening kepala saya dan keluarga menangani isu ini sejak ia dilaporkan media minggu lalu. Mama saya bising sebab saya cakap benda-benda begitu kepada umum”

“Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah saya tak mahu bercinta kosong dan sehingga membuang masa tapi biarlah bertunang terus kalau sudah jumpa seseorang yang saya serasi. Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah isu remeh dan perkara yang biasa tapi tidak bagi saya,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Dengan penjelasan ini, Elfira berharap tiada lagi pihak yang tersalah faham mengenai kenyataannya tempoh hari. Terdahulu, Elfira ada menyatakan bahawa kepada lelaki yang serius menyukainya boleh terus masuk meminangnya sahaja. Nampaknya memang ramai betul beratur untuk datang meminang sampai terus pening empunya badan. (rkty/w)