fbpx

Elfira Dedah Perasaan Sebenar Terhadap Baim Wong

Sebelum ini, Elfira Loy pernah menyatakan bahawa dia dan juga Baim Wong
tidak menjalin sebarang hubungan namun melalui perkongsian cerita daripada akhbar Kosmo! baru-baru ini mendedahkan lebih mendalam perasaan pelakon ini.

BACA: Elfira Loy Suka Lelaki Matang, Tidak Kisah Umur

“Terus terang, saya sudah tidak tahu nak kata apa. Buat masa ini, tidak tahu sama ada kami mahu mengiyakan atau tidak, memandangkan masing-masing tidak tahu ada jodoh atau sebaliknya. Buat masa ini, kami sedang berusaha menuju ke satu peringkat, sama ada wujud sesuatu ataupun tidak”

“Dahulu memang rasa itu ada, cuma sekarang entahlah. Kami sukakan personaliti masing-masing, cuma tiada komunikasi. Saya masih tertanya-tanya sama ada ia berpunca mengenai masalah bahasa ataupun jenaka yang berbeza, ia memang sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata”

“Sejujurnya, saya lebih banyak mendiamkan diri ketika bersama dengannya, tetapi jika ada orang lain ada, baru saya petah berkata-kata. Ketika kami keluar berjalan-jalan, percikan itu juga tiada,” katanya kepada Kosmo!

Malah, untuk menjelaskan perasaan yang lebih terhadap Baim juga Elfira perlu berhati-hati selain mempunyai alasan tersendiri terhadap status perhubungan mereka itu.

“Kami berkawan sejak dahulu dan ia harus kekal seperti itu. Tidak tahu sam ada rasa cinta itu ada atau tidak kerana kami masih berkawan, jadi enggan memperkatakan sesuatu yang boleh mengguriskan perasaan. Jika bercinta, bolehlah kata putus cinta sedangkan kami tidak sebenarnya,”

“Pendek kata, tiada yang salah dalam hubungan ini, cuma pada masa yang sama tiada yang betul. Jadi, kami tidak boleh menerangkan definisi hubungan kami yang sebenar,” katanya. (rtky/s)