fbpx

Elfaeza Kini Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad?

Pelakon baru yang semakin dikenali, Elfaeza Ul Huq selepas membintangi drama Iman Nabila sebelum ini menolak dakwaan bahawa dia kini bercinta dengan Sharnaaz Ahmad.

Menurutnya lagi kemesraan mereka berdua di set penggambaran drama Mukhlis yang menyatukan mereka membuatkan gosip ini timbul.

“Mana ada kami bercinta, kalau ada pun bercinta dalam drama Mukhlis, itu memang betul”

Namun begitu Elfaeza turut memberitahu bahawa jika ada sesiapa yang melihat kemesraannya bersama Sharnaaz di set penggambaran adalah hanya untuk menghayati watak dan mungkin kemesraan itu telah disalah anggap.