fbpx

Elaine Daly & Suami Selamat Timang Anak Sulung

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram beliau, Elaine Daly telah memaklumkan satu berita gembira buat semua peminatnya di mana beliau dan suami sudah selamat menimang cahayamata pertama hasil perkahwinan mereka.

Menurut laporan Berita Harian, pengacara dan pelakon itu selamat melahirkan anak sulungnya kira kira jam 8.00 pagi semalam (Sabtu) di Hospital Pantai dan bayi perempuan ini diberi nama Eva Jean Borden — comel nama anak mereka berdua.

BACA: Elaine Daly Sah Bergelar Isteri Kepada Nick Borden

Screen Shot 2015-07-12 at 11.29.51 AM copy

“Saya sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata sulung ini. Macam tak percaya saya sudah bergelar ibu tetapi syukur semaunya selamat,” ujar Elaine Daly yang berkahwin dengan Nick Borden pada Disember 2014 yang lalu. (rtky/m)