fbpx

Ekin AF3 Hamil & Alahan Bau Terhadap Suami

Berita baik pastinya buat penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini, Ekin AF3 kerana kini sedang sarat mengandung. Ekin berkongsi khabar gembira itu melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini sekaligus menampakkan perutnya yang semakin membesar.

Ekin AF3 Hamil, Alahan Bau Terhadap Suami - ROTIKAYA_001

Menurut Ekin, kini usia kandungan sudah berusia 4 bulan malah dia dalam masa yang sama semapt berkongsi cerita bersama Berita Harian mengenai alahan yang dialaminya sepanjang kali pertama mengandung. Suaminya, Yazer pun turut terkena tempias daripada alahan tersebut.

“Biasalah kehamilan pertama, saya mengalami pengalaman yang agak teruk. Makan pun tak lalu dan muntah teruk. Saya juga lekas nak cirit birit kerana alah susu. Badan pun jadi lesu sampaikan ibu dari Sabah datang KL kerana risaukan kesihatan serta keadaan saya”

“Saya juga alah kepada bau. Bayangkan suami saya datang dekat pun ditanya sudah mandi ke belum. Padahal dia sudah mandi dan saya selamba tanya habis kenapa bau busuk. Saya juga tak tahan dengan bau minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Begitu juga bau rokok, bau tandas dan bau mulut orang. Saya akan rasa macam nak termuntah,” kata bakal ibu ini.

Tahniah kami ucapkan pada pasangan ini dan semoga dengan kelahiran cahaya mata baru nanti dapat menambahakan seri dan cahaya di dalam keluarga ini. Ekin dan Yazer sebelum ini telah bercinta selama sembilan tahun dan sah bergelar suami isteri Disember lalu. (rtky/s)