fbpx

Eja Risaukan Anak Kena Culik

Melihatkan kes melibatkan kanak-kanak terutamanya pedofilia yang sering menjadi perhatian di media sosial mahu pun akhbar, pelakon Eja mengakui dia turut berasa bimbang dengan perkara tersebut.

BACA: Gambar Anak Harith Iskander Di Laman Web Lucah

“Sekarang ini banyak sangat gejala sosial atau kes-kes yang membabitkan kanak-kanak berlaku di negara kita. Ia menjadi kebimbangan besar buat saya lebih-lebih lagi anak saya, Nur Eishal yang berusia lima tahun setengah, akan mula bersekolah pada September ini”

“Secara jujur, saya risau jika anak saya diculik atau dibuli kerana dialah harta saya dunia dan akhirat. Bohonglah jika tak ada kerisauan itu dan saya doakan semuanya berada dalam lindungan Allah,” katanya kepada Tonton Extra.

Selain itu, Eja juga menyatakan bahawa dia tidak dapat membayangkan jika kejadian seperti itu berlaku kepada diri sendiri. Apa pun, semoga Eja dan keluarga sentiasa dilindungi daripada perkara yang tidak berlaku(rtky/s)