fbpx

Eizlan Yusof Komen Hubungan Bekas Isterinya, Zizan Razak

Sebelum ini, kencang khabar angin mengatakan bahawa hubungan Zizan Razak dan juga bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Santi Harun mulai rapat. Bagaimanapun, menurut Eizlan, perkara tersebut tidak langsung menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.

BACA: Masih Sayangkan Isteri, Eizlan Yusof Usaha Rujuk Kembali

“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, sebelum ini Eizlan sendiri pernah menyatakan hasratnya untuk merujuk semula namun perkara berkenaan memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 kemudian bercerai pada Februari 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Zizan sendiri sebelum ini turut menjelaskan bahawa kontroversi yang melanda mereka adalah mengarut selain lebih suka berdiam diri. (rtky/s)