fbpx

Eizlan Yusof, Isteri Bercerai?

Tiada angin tiada ribut tahu tahu sahaja pasangan Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie Harun kini dalam proses penceraian selepas si isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Sinar Harian laporkan yang Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

“Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini yang sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan Yusof selaku defendan tidak diwakili peguam. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan.

UPDATE-1: Usaha media untuk mendapatkan penjelasan dari Eizlan Yusof berkenaan isu ini terus gagal apabila panggilan ke telefon bimbit tidak berjawab.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun. (rtky/m)