fbpx

Eina Azman Hampir Diperkosa Seorang Lelaki Bergelar Datuk

Pelakon baru yang semakin menempa nama setelah drama “Mimpi Cinderella” menemui penonton, Eina Azman berasa tertipu dan dipergunakan selepas berjumpa seorang datuk di sebuah hotel baru-baru ini.

Menurut Eina, datuk tersebut telah membuat ganggua seksual keatasnya ketika perjumpaan tersebut.

Kejadian malang tersebut berlaku pada 8 Februari lalu sekitar jam 11 malam apabila Eina hadir bertemu datuk tersebut untuk membincangkan urusan pembelian sebuah kereta.

“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja,

selain melakukan gangguan seksual ke atas saya”

Menurut Eina lagi, dia turut ditawarkan menjadi perempuan simpanan selama tiga tahun dan diberikan segalanya oleh Datuk tersebut.