fbpx

Ed Sheeran Adakan Konsert Di Malaysia 16 Mac 2015

Berita baik buat para peminat tegar penyanyi ini, Ed Sheeran telah dijadualkan untuk mengadakan sebuah konsert khas untuk anda semua pada 16 Mac 2015 yang akan mengambil tempat di KL Convention Centre, lapor The Star Online hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu The A Team, You Need Me, I Don’t Need You & Thinking Out Loud ini memiliki hanya dua buah album setakat ini namun namanya sudah kerap meniti bibit peminat muzik pop seluruh dunia.

Tiket untuk konsert Ed Sheeran ini akan mula dijual pada 8 November 2014 berharga RM285 dan RM355. Untuk maklumat lanjut, layari www.prworldwidelive.com atau hubungi 03-7483 3022.