fbpx

Dynas Mokhtar Sambut Hari Lahir Anak Penuh Meriah

Bertemakan warna merah jambu, semalam (Isnin) telah berlangsung majlis sambutan hari lahir anak perempuan Dynas Mokhtar, Khayra Khalyssa yang genap lima tahun pada 24 April lalu. Majlis yang cukup meriah itu telah diadakan di rumah ibu bapa Dynas di Shah Alam.

BACA: Dynas Mokhtar Akui Sedang Kenali Teman Baru

Selain itu, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dan rakan selebriti lain turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana manakala Faradhiya juga telah menghiburkan tetamu dengan membuat persembahan pada hari tersebut.

Pasti penuh bilik Khayra dengan hadiah-hadiah yang dia dapat sempena hari lahir yang kelima ini. Apa-apa pun, jika tiada apa yang menghalang, nampaknya nanti Khayra akan dapat ayah baru. Eh. Gurau saja. (rtky/s)