fbpx

“Duit Saya Berjuta, Kenapa Perlu Tipu Yazit”

Menjelaskan situasi sebenr yang menyelebungi kumpulan yang sudah berusia 35 tahun ini, Amy Search memberitahu bahawa pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan Search bukan isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

BACA: Tanya Soal Duit, Yazit Dakwa Ditengking Isteri Amy Search

“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya. Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang”

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58. Kita tidak sepatutnya cakap begini. Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?,” soal Amy kepada Malay Mail Online.

Apa yang Amy mahukan ialah Yazit harus bersikap matang seiring dengan usia kumpulan rock legenda itu yang sudah 35 tahun dan bukannya menuduh bahawa kumpulan itu menggelapkan wang pemilik pemain dram tersebut.

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu? Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik”

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada. Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit”

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” katanya. Selain itu, Amy juga tidak bersetuju untuk mengadakan konsert amal untuk membantu Yazit. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Yusof Mat Isa