fbpx

DJ Lin Diserang Denggi & Kini Terlantar Di Hospital

Penyampai radio Suria FM yang sentiasa rapat dengan pendengarnya, DJ Lin telah dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap demam denggi. Perkara tersebut dikongsikan DJ Lin menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi muatnaik gambar paling terbaru di Instagram, DJ Lin mengharapkan agar peminatnya mendoakan dia agar cepat sembuh. Malah lebih teruk lagi ketika ini, selera makannya juga turut berkurang.

DJ Lin Diserang Denggi, Terlantar Di Hospital - ROTIKAYA_in

“#DJLIN masih di hospital Tawakal. Pletelet makin turun. Tinggal 71. Suhu badan makin naik..40. Badan sangat lemah dan bisa-biasa, selera makan takde. Doakan LIN cepat sembuh,” katanya di Instagram sambil disambut dengan doa peminat yang mahukan dirinya kembali sihat seperti sedia kala.

Berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, DJ Lin turut memberitahu bahawa dia tidak dapat ke udara melalui segmen kegemaran ramai, Suria Cinta. Semoga DJ Lin sembuh dan dapat mengubati rindu peminatnya semua. (rtky/s)