fbpx

Kena Ugut Kerana Sokong PM, Azwan Ali Buat Laporan Polis

Gara-gara menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Azwan Ali telah membuat laporan polis apabila salah seorang pengikut akaun Instagram miliknya mengugut untuk menumbuknya jika berjumpa.

BACA: Azwan Ali Maki Peminat Di Instagram Tanpa Sebab

Diugut Kerana Sokong PM, Azwan Ali Buat Laporan Polis - ROTIKAYA

Berpunca daripada ugutan tersebut, Azwan Ali telah bertindak untuk membuat laporan polis selain mahu mengheret pelaku tersebut untuk dibawa ke mahkamah. Untuk pengetahuan anda, pengacara ini merupakan penyokong tegar Najib Razak selain mendukung setiap saranan kerajaan.

Tindakannya itu dalam masa yang sama turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya dan seperti biasa, bagi sesiapa yang tidak sehaluan dengan pendiriannya, Azwan Ali akan block terus individu tersebut di laman sosial tersebut.

Semoga perjuangan Azwan Ali mengheret individu yang mengugutnya itu ke mahkamah akan berhasil. All the best Azwan Ali dalam menegakkan kebenaran dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih aman. Jangan sesekali biar title Diva anda tercalar. (rtky/s)