fbpx

Dira Abu Zahar Selesa Hidup Tanpa Lelaki

Gagal dua kali dalam perkahwinan tidak mematahkan semangat Dira Abu Zahar untuk bahagia walaupun tiada suami disisi. Malah beliau selesa hidup tanpa lelaki dan ditemani dengan anaknya, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah. Walaupun ada kadang-kala berasa sunyi, Dira akan memastikan perasaan itu tidak berlarutan.

BACA: Walau Cerai, Dira Abu Zahar & Suami Masih Baik

“Alhamdulillah, saya okey dengan kehidupan sekarang. Rasanya tidak banyak yang boleh diperjelas. Kini kami semua berada dalam keadaan yang baik. Saya dan kedua-dua bekas suami juga tidak ada sebarang masalah, kami masih lagi berkawan”

“Kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil. Anak saya juga semakin membesar dan dia sangat memahami keadaan ini. Dia tahu ibunya sekarang hidup sendirian dan sangat sibuk dengan kerja. Pun begitu ada juga beberapa hal yang membuatkan saya rasa terkurang apabila kembali solo. Tetapi itu bukan satu alasan untuk saya rasa tertekan”

“Sebaliknya apabila ada rasa kurang, saya gantikan dengan semangat untuk mengatasi rasa tersebut. Jadi buat masa ini saya lebih selesa menjalani kehidupan solo dengan hanya memberi sepenuh perhatian terhadap kerja dan anak,” jelasnya kepada Utusan Online.

Terdahulu Dira pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid sekitar tahun 2007. Manakala perkahwinan keduanya pula bersama Helmi Yusof pada tahun 2011 dan akhirnya bercerai selepas lima tahun bersama. (rtky/w)