fbpx

Dikecam Teruk, Azwan Hj. Ali Tekad Tutup Akaun Twitter

Seringkali mencetuskan kontroversi di laman sosial, baru-baru ini akhirnya selebriti yang sinonim dengan panggilan diva terhadap dirinya sendiri iaitu Azwan Ali ini telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter.

BACA: Azwan Ali Menghina Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Dikecam Teruk, Azwan Ali Tekad Tutup Akaun Twitter - ROTIKAYA_in

Bagaimanapun, dia tidaklah berundur begitu sahaja, melalui beberapa statusnya sebelum menutup akaun tersebut, pengacara itu juga sempat menjelaskan punca bahawa akaun Twitter tersebut ditutup kerana terlalu ramai fake people di sekelilingnya, katanya.

Apa-apa pun, tindakan Azwan Ali yang baru-baru ini memuatnaik status menghina mangsa kemalangan jalanraya pada Aidilfitri adalah dilihat tidak wajar malah ramai pengikutnya di laman sosial mempertikaikan pemergian umrah buat dirinya bagaikan tidak mengubah apa-apa.

Apa-apa pun, Azwan Ali sentiasa ada jawapan dengan apa yang ditimbulkannya dan berani dengan setiap tindakan yang dilakukannya. (rtky/s)