fbpx

Didie Alias Masih Belum Sedia Untuk Bertudung

Sering tampil dengan imej turban membuatkan ada sesetengah pihak salah anggap dengan mendakwa Didie Alias mungkin sedang bersedia untuk berhijab sepenuhnya. Tidak mahu terus membuatkan peminat salah faham, Didie menjelaskan bahawa dirinya masih belum bersedia ke arah itu namun meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.

BACA: Belum Bertudung, Didie Alias Dikritik Peminat

“Memang saya muncul dengan imej turban ini setiap kali mahu mempromosikan tudung anak saya. Tetapi saya masih belum ke arah itu lagi, tetapi doakanlah yang baik-baik. Dalam waktu yang sama, saya juga tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, biarlah jika suatu hari nanti saya pakai tudung ia berkekalan terus tidak mahulah pakai lepas itu buka”

“Bagi saya apa yang penting adalah didikan yang diberikan kepada anak-anak. Buat masa ini memang anak-anak juga tidak pernah memaksa saya, namun saya tahu jika suatu hari nanti hati sudah terbuka untuk bertudung tentunya mereka akan menjadi orang pertama yang bersyukur,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Biasalah lumrah sebagai seorang selebriti, tidak dapat lari dari kritikan pedas dari orang ramai. Begitu juga dengan Didie yang selalu menerima kritikan negatif mengenai isu berhijab apabila anak-anak perempuan beliau sendiri semuanya bertudung. Namun dirinya mengambil pendekatan untuk kekal positif dan tidak ambil pusing apa yang dikatakan.

Tambahnya lagi, sebagai ibu bapa didikan adalah perkara penting untuk anak-anak. Mengenai berhijab pula, Didie akui anak-anak tidak pernah memaksa beliau namun jika hatinya sudah terbuka untuk berhijab sepenuhnya suatu hari nanti, beliau pasti tentu anak-anak menjadi antara orang pertama yang bersyukur dengan perubahan itu. (rkty/w)