fbpx

Diboikot Media Malaysia, Shila Amzah Semakin Kuat

Siapa boleh lupa kisah panas yang terjadi di antara Shila Amzah dan pihak media tempatan yang menjadi bualan ramai sehingga kononnya penyanyi itu kini dalam senarai boikot para pengamal media. Tidak tahulah kami sejauh mana kebenaran perkara ini.

Namun, bertemu dengan Shila Amzah di majlis kenduri kesyukuran yang dianjurkan oleh keluarga beliau di kediaman mereka, penyanyi ini berkata yang ada hikmahnya peristiwa hitam dengan para media yang berlaku tidak berapa lama dahulu.

“Shila ambil dari sudut positif (tentang isu boikot) yang Shila kini semakin kuat dalam mengharungi kerjaya dan percaya yang para peminat masih setia bersama menyokong,” ujarnya.

Kenduri kesyukuran ringkas itu diadakan adalah untuk meraikan kejayaan Shila Amzah selama ini selain merayakan adik beliau yang baru sahaja berumahtangga. Kami sempat ajukan soalan buat penyanyi ini bilakah giliran kakaknya pula?

Shila Amzah berkata yang beliau mungkin akan berkahwin tiga tahun lagi iaitu pada umur 27 tahun namun itu semua masih satu perancangan. Mengenani perkembangan kerjaya di China, beliau kini sedang giat merakamkan album berbahasa Mandarin pertamanya. (rtky/hmz)