fbpx

Diana Johor Akui Buka Tudung Kerana Belum Sedia

Pelakon Diana Johor sebelum ini pernah dikecam di laman sosial kerana kembali membuka hijab namun bagi Diana yang sebelum ini kelihatan seperti sudah lama menghilang daripada industri seni tanah air, dia mempunyai pendirian tersendiri mengenai perkara tersebut.

BACA: Tony Eusoff & Diana Johor Sertai Kelab Selebriti Saman Gulatis

“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini”

“Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, sedia maklum bahawa apa yang dilakukannya itu bakal mendapat kecaman dan kritikan hebat, Diana memberitahu bahawa dia sudah bersedia sepenuhnya dengan perkara berkenaan. (rtky/s)