fbpx

Diana Danielle Nafi Mengandung Anak Ketiga

Gara gara memuantnaik gambar yang kelihatan seperti mengandung dan ditambah pula dengan kapsyen yang semacam memberi bayangan tentang kehadiran orang baru, ada segelintir peminat dan juga pengikutnya di Instagram percaya bahawa Diana Danielle kini mengandung anak ketiga.

BACA: Diana Danielle, Farid Kamil Sama Sama Pendam Rasa

“Itu gambar untuk drama TV3, Raisha,” tulisnya ringkas melalui aplikasi WhatsApp dalam jawapan kepada Utusan Online. Nampaknya peminat betul betul mengambil berat tentang selebriti kesayangan mereka ini.

Baru-baru ini, kehidupan rumah tangga Diana dan juga Farid turut menjadi perhatian apabila pelakon wanita itu sendiri telah pergi ke mahkamah syariah. Bagaimanapun Farid menjelaskan bahawa kini hubungan mereka semakin baik selain menyatakan bahawa apa yang terjadi mejadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain.

Farid Kami dan Diana Danielle telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia setahun. Apa pun, semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)