fbpx

Diana Danielle Elak Berlakon Bersama Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle yang juga isteri kepada pelakon filem Kaki Kitai, Farid Kamil menjelaskan yang dia seboleh-bolehnya mahu mengelak berlakon di samping suaminya, ini kerana tidak mahu menjejaskan tumpuan terhadap putera sulungnya, Muhammad.

“Kalau boleh tak perlulah, cuba elakkan. Saya ada pendirian di mana jangan terlalu selalu bekerja sangat dengan suami sebab mungkin akan mendatangkan masalah. Satu lagi saya Tak suka kalau dua-dua bekerja, dan Muhammad (anak) ke manalah dia dan itu adalah antara satu sebabnya”

“Bila ada anak, itulah antara faktornya kena berjaga-jaga. Setakat ini iklan sahaja yang pernah kami bekerjasama sebelum ini,” katanya.

Tambahnya lagi di usia perkahwinan masuk tahun kedua ini pelbagai cabaran dugaan telah ditemui oleh Diana sendiri dan telah dianggapkannya sebagai satu pengalaman yang amat berharga pada usianya yang masih muda, baru berumur 23 tahun dan telah pun memiliki cahaya mata.

“Semakin lancar sebab kita setiap hari lebih tahu pasangan dan memahami. Setiap perkahwinan akan adanya turun dan naik, kadang-kadang baik dan sebaliknya. Semuanya itu satu pengalaman berharga dan mematangkan saya, Farid dan juga Muhammad,” ujarnya.

Insiden Lari Dari Majlis, Minta Maaf Pada Semua Media

Baru-baru ini, pelakon ini dikatakan telah lari daripada media untuk ditemuramah dalam sebuah majlis. Jelasnya di sini salah faham telah berlaku di antara dia sendiri, pihak majlis tersebut & juga media yang hadir. Di kesempatan itu juga Diana telah me mohon maaf kepada semua media yang terlibat dalam majlis itu atas apa yang telah terjadi.

“Saya minta maaf dengan media yang terasa hari itu. Tapi itu arahan yang saya dapat dari pegawai perhubungan Kotex untuk meninggalkan majlis itu. Bukan saya sendiri yang nak tinggalkan majlis. Ceritanya begini, saya tengah photoshoot dan pada saat itu, orang itu berkata sekarang ini kerja awak dah selesai dan awak boleh balik

BACA: Diana Danielle Buat Perangai, Lari Dari Bertemu Media?

“Sebelum itu dia cakap ada media nak menemuramah saya. Jadi saya tertanya- tanya juga apa yang terjadi dengan media yang nak menemuramah. Kebetulan pula saya baru balik dari Jakarta dan saya memang penat. Jadi mungkin mereka (PR Kotex) fikir saya penat dan tidak mengapa untuk memberikan saya pulang terlebih dahulu”

“Tapi saya tak pernah minta balik awal ke apa dan saya memang bersedia untuk bekerjasama tapi telah diberikan arahan untuk balik dan saya ikut sahaja apa yang mereka cakapkan,” jelasnya.

Tambahnya, dia sememangnya sedar yang media akan menemuramahnya selepas tamatnya majlis tersebut dan telah bersedia tetapi sebaliknya telah berlaku. Dia juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, bagi saya dia ada alasan sendiri dan media pun ada alasan tersendiri. Semua ini adalah salah faham sahaja. Saya kalau boleh tidak mahu untuk memanjangkan isu ini,” tambah Diana Danielle lagi. (rtky/hfz)