fbpx

Diana Amir Akui Sedia Tambah Anak Bila Bila Masa

Setelah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata, Diana Amir kini lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga malah dalam masa yang sama turut menyatakan kesediannya untuk menambah cahaya mata bila-bila masa.

BACA: Sekitar Majlis Aqiqah Anak Diana Amir, Khaulah Al Azwar

Berkongsi perkara tersebut kepada Harian Metro, Diana menjelaskan bahawa dia dan juga suami tidak pernah merancang mengenai hal tersebut. Sementara itu, ketika ini Diana masih lagi belum aktif untuk berlakon semula.

“Belum masanya lagi untuk saya kembali aktif. Memandangkan anak masih kecil, menyusu badan dan dijaga sendiri oleh saya, lebih baik tak terima sebarang tawaran dulu. Saya tak nak menyusahkan produksi atau pelakon lain sekiranya dalam keadaan ini saya terbabit dalam sesuatu projek”

“Insya Allah, kalau anak sudah besar dan boleh dikawal, saya akan terima. Saya terima tawaran mengacara ini sebab jadual dan waktu penggambaran tak lama berbanding drama atau filem. Jadi apabila saya keluar bekerja, anak dijaga oleh ibu mentua,” katanya. (rtky/s)